PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
1. Mementingkan keselamatan dan semua pelajar sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.
2. Memastikan bahawa pengajaran adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Islam Dan Negara menerusi pendekatan yang berkesan dan terkini.
3. Memastikan kami sentiasa peka dan positif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid-murid, ibubapa, masyarakat dan kerajaan.
4. Memberi layanan segera dengan mesra, perkhidmatan yang maksima kepada setiap pelanggan yang berurusan.
5. Melaksanakan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan anak-anak didik kami
Tuesday, July 27, 2010
PIAGAM PELANGGAN
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:43 PM 0 comments
Labels: Maklumat Sekolah
OBJEKTIF SEKOLAH
OBJEKTIF SEKOLAH AGAMA BANDAR RENGAM
1. Dapat mengenal, mempelajari, memahami, dan menghayati asas-asas aqidah dan ibadat serta sentiasa bersyukur kepada Allah.
2. Dapat membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh menghafaz surah-surah pilihan.
3. Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, kreatif dan sentiasa berdaya tahan serta berdaya maju.
4. Dapat memupuk kemahiran menulis dan membaca Jawi serta dapat mempertahankannya.
5. Mempelajari dan memahami asas-asas Muamalat, kekeluargaan dan system perundangan Islam.
6. Mempelajari, memahami, dan memupuk kemahiran berbahasa Arab sama ada secara lisan atau bertulis.
7. Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan amalan sunat dengan baik menerusi pelajaran Amali.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:42 PM 0 comments
Labels: Maklumat Sekolah
MISI
MISI
1. Menguruskan Penyampaian Ilmu Pengetahuan Pendidikan Islam Secara Sistematik.
2. Mewujudkan Program-Program Pendidikan Islam Yang Terancang Dan Berkesan.
3. Menyediakan Para Pendidik Yang Berkelayakan, Berkemahiran Dan Berwibawa.
4. Menyediakan Prasarana Pendidikan Yang Sempurna.
5. Memastikan Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran, Penulisan Jawi Dan Pengamalan Ajaran Islam Adalah Di Dalm Jiwa Murid-Murid.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:42 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
VISI
VISI
Menyediakan Sistem Pendidikan Islam Dan Menguruskan Dengan Sempurna Untuk Melahirkan Generasi Muslim Yang Soleh Serta Mengamalkan Islam Sebagai Satu Cara Hidup.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:41 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
FUNGSI PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
FUNGSI PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
1. Melaksanakan Sistem Pendidikan Agama Yang Sistematik Dan Berwawasan.
2. Melahirkan Generasi Muslim Yang Memahami Islam Berdasarkan Al-Quran, Al-Hadis Dan Ijma’.
3. Mendekatkan Anggota Masyarakat Islam Ke Arah Menjadikan Sebagai Cara Hidup Umat.
4. Menyediakan Barisan Pelapis Para Ilmuan Islam Yang Komited Ke Arah Kelangsungan Islam Yang Cemerlang.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:41 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
OBJEKTIF PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
OBJEKTIF PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
1. Dapat Mengenal, Mempelajari, Memahami Dan Menghayati Asas Akidah Dan Ibadah Serta Sentiasa Kepasa Allah.
2. Dapat Membaca Al-Quran Dengan Baik Dan Betajwid Serta Dapat Memahami Dan Menghayati Pengajaran Yang Terkandung Di Dalamnya Disamping Oleh Menghafaz Surah Pilihan.
3. Membentuk Peribadi Mulia, Berfikiran Positif, Kreatif Dan Sentiasa Berdaya Tahan Serta Berdaya Maju.
4. Dapat Memupuk Kemahiran Menulis Dan Membaca Jawi Serta Dapat Mempertahankannya.
5. Mempelajari Dan Memahami Asas Muamalat Kekeluargaan Dan Sistem Perundangan Islam.
6. Mempelajari,Memahami Dan Memupuk Kemahiran Berbahasa Arab Damada Secara Lisan Atau Tulisan.
7. Dapat Melakukan Dan Menghayati Amalan Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah Dan Sunnah Dengan Baik Menerusi Pelajaran Amali.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:40 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
MATLAMAT PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
MATLAMAT PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
Melahirkan Generasi Muslim, Mukmin, Yang Terpelajar, Terdidik Dan Takwa (Beriman, Berilmu, Beramal Soleh Dan Berperibadi Mulia.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:40 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
FALSAFAH PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
FALSAFAH PENDIDIKAN AGAMA NEGERI JOHOR
Pendidikan islam adalah satu proses berterusan bagi pembentukan islam soleh yang seimbang berteraskan prinsip akidah, syariah dan akhlak bersumberkan al-quran, as-sunnah, ijma’ dan qiyas melalui proses pendidikan yang terncang untuk mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan terpadu berbagai upaya dan daya yang menjadi asas perlaksanaan tanggungjawab kekhalifahan untuk mencapai hasanah di dunia dan direhat.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:40 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam Adalah Satu Usaha Berterusan Untuk Menyampaikan Ilmu, Kemahiran Dan Penghayatan Islam Berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah Bagi Membentuk Silap, Kemahiran, Keperibadian Dan Pandangan Hidup Sebagai Hamba Allah Yang Mempunyai Tanggungjawab Untuk Membangun Diri, Masyarakat, Alam Sekitar, Dan Negara Ke Arah Mencapai Kebaikan Di Dunia Dan Akhirat.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:39 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan Di Malaysia Adalah Satu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani. Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri, Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat Dan Negara.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:37 PM 0 comments
Labels: Bahagian Pendidikan
SENARAI GURU BESAR
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT
HJ. AHAMAD APANDI BIN HJ. TAHIR
HJ. YUSOF SAPIL BIN DAUD
HJH. AMINAH BINTI ABDULLAH
HJH. HASNAH BIN SUMADI
MALEK BIN AHMAD (1/6/1998-31/7/2000)
MOHD SHAH BIN SA’DON (1/8/2000-31/3/2007)
RUSLINAH BINTI KAMSAN (1/4/2007-31/12/2008)
HALIMI BIN MASHURI (1/1/2009- Sekarang)
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:37 PM 0 comments
Labels: Maklumat Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH AGAMA BANDAR RENGAM
Sekolah Agama Bandar Rengam telah ditubuhkan pada 15hb Mei 1962 yang dirasmikan oleh Penghulu mukim Renggam iaitu En. Abdul Aziz bin Abd. Rahman. Sekolah agama ini adalah diasaskan oleh Allahyarham cikgu Muhammad Yasin bin Abu Hasan. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Rengam pada masa itu.
Pada asalnya tapak yang hendak dibangunkan sekolah agama ini adalah tapak untuk Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam. Oleh kerana keluasan tanahnya terhad dan tidak mencukupi, maka tanah itu digunakan untuk membina Sekolah Agama Bandar Rengam. Semasa Sekolah Agama Bandar Renggam ini ditubuhkan pada mulanya ia menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam lama iaitu di bangunan Majlis Daerah Kluang Selatan Cawangan Rengam pada masa kini.
Pembinaan bangunan sekolah agama telah dijalankan dari tahun 1979 sehingga 1981. Sementara menunggu bangunan tersebut disiapkan, En. Mustafar Bin Zahar selaku pemegang jawatan PPAD Kluang pada masa itu telah mengarahkan agar Sekolah Agama Bandar Renggam menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Renggam selama 2 tahun.
Pada tahun 1981 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang menelan kos sebanyak RM100,000.00. Antara guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Haji Yusof Bin Daud, Haji Basiran Bin Haji Tahir, En Sarlan Bin Saie, Puan Ruziah Binti Khamis, En Selamat Bin Wagio dan Puan Hasnah Binti Sumardi.
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:35 PM 0 comments
Labels: Maklumat Sekolah
PROFILE SEKOLAH AGAMA BANDAR RENGAM
1. MAKLUMAT SEKOLAH
1.1. Nama Sekolah : Sekolah Agama Bandar Rengam
1.2. Alamat Sekolah : Jalan Bukit 86300 Rengam, Kluang, Johor
1.3. Gred Sekolah : C
1.4. No. Telefon : -
1.5. No. Faks : -
1.6. No. Pendaftaran : SAKNJ/KLG/06035
1.7. Keluasan Tanah : 0.5 Ekar
1.8. No. Lot : PTD 3295
1.9. Status Tanah : Wakaf
1.10. Status Bangunan : Bangunan Sendiri
1.11. Tahun Dibina : 1980
1.12. Jumlah Bangunan : 1 Blok
1.13. Jumlah Bilik Kelas : 6
1.14. Bahasa Penantar : Bahasa Melayu
1.15. Syarat Kemasukan: Umur 7 Tahun Dan Warganegara Malaysia
1.16. Tempoh Pengajian: 6 Tahun
1.17. Sesi Pengajian : Pagi/Petang
1.18. Kurikulum : Kurikulum Sekolah Agama
1.19. Bidang : Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah
1.20. Masa Pembelajaran :
1.20.1. Tahap Satu : Darjah 1 – 3 (1 ½ jam x 5 hari seminggu)
1.20.2. Tahap Dua : Darjah 4 – 6 ( 3 jam x 5 hari seminggu)
1.20.3. Darjah Khas : Lanjutan Sek Agama (5 x 4 hari sebulan)
Posted by Mohd Ismail Bin Sulaiman at 8:33 PM 0 comments
Labels: Maklumat Sekolah