Tuesday, July 27, 2010

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH AGAMA BANDAR RENGAM

Sekolah Agama Bandar Rengam telah ditubuhkan pada 15hb Mei 1962 yang dirasmikan oleh Penghulu mukim Renggam iaitu En. Abdul Aziz bin Abd. Rahman. Sekolah agama ini adalah diasaskan oleh Allahyarham cikgu Muhammad Yasin bin Abu Hasan. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Rengam pada masa itu.

Pada asalnya tapak yang hendak dibangunkan sekolah agama ini adalah tapak untuk Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam. Oleh kerana keluasan tanahnya terhad dan tidak mencukupi, maka tanah itu digunakan untuk membina Sekolah Agama Bandar Rengam. Semasa Sekolah Agama Bandar Renggam ini ditubuhkan pada mulanya ia menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam lama iaitu di bangunan Majlis Daerah Kluang Selatan Cawangan Rengam pada masa kini.

Pembinaan bangunan sekolah agama telah dijalankan dari tahun 1979 sehingga 1981. Sementara menunggu bangunan tersebut disiapkan, En. Mustafar Bin Zahar selaku pemegang jawatan PPAD Kluang pada masa itu telah mengarahkan agar Sekolah Agama Bandar Renggam menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Renggam selama 2 tahun.

Pada tahun 1981 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang menelan kos sebanyak RM100,000.00. Antara guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Haji Yusof Bin Daud, Haji Basiran Bin Haji Tahir, En Sarlan Bin Saie, Puan Ruziah Binti Khamis, En Selamat Bin Wagio dan Puan Hasnah Binti Sumardi.

0 comments: